Kayuhan basikal lipat Pantai Jeram

SELEPAS aktiviti kayuhan ke Genting Sempah, enam ahli kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies (PAF) yang mempunyai masa terluang melakukan kayuhan santai ke Pantai Jeram, Kuala Selangor pada 24 Februari 2016. Program bermula pada pukul 7.45 pagi bermula dari Restoran Sempoi, Alam Jaya, Puncak Alam menuju ke Pantai Jeram sejauh kira-kira 40km pergi balik. 

Lepak sebentar di depan Restoran Sempoi sementara menanti rakan-rakan lain...

Kayuhan santai mantai melalui jalan kampung yang redup dan udara yang segar...

Saudara Pejoi merakam gambar dengan Go Pro...

Di simpang tiga ambil gambar dahulu...

Macam-macam aksi dan gaya orang yang berpeluang kayuh ke Pantai Jeram...

Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju...ambil gambar berlatar belakang Pantai Jeram, kasi bakar...

Saudara Megat ambil gambar seorang diri memandangkan baju yang dipakai berbeza dengan rakan-rakan..miscommunication...katanya....

Pemandangan indah Pantai Jeram dengan langit biru...

Basikal-basikal ahli PAF...

Kedai makanan yang terkenal dengan keenakan hidangan soto...

Rancak bersembang bincang masalah negara kot...maklumlah orang dapat cuti, tak keja....

Hidangan soto pun tiba,,,jemput makan....

Dalam perjalanan pulang, ternampak projek bina rumah guna bahan binaan terkini carbot...singgah sebentar tengok bagaimana cara pembinaan...


Ahli PAF tinjau kawasan dalam rumah,,dah macam mandor....

Akhirnya tiba di Puncak Alam lebih kurang pukul 11.15 pagi dalam keadaan selamat selepas mengharungi cuaca panas terik dan rintangan angin yang agak kuat,,,dah rasa macam kayuh naik bukit jer...


Info Strava...

Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan basikal lipat Fraser's Hill

Sejarah Folding Bike

Kayuhan basikal lipat Guthrie Highway