Kayuhan basikal lipat Genting Sempah
KALI ini, kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies (PAF) dengan lebih 10 peserta mengadakan aktiviti kayuhan santai mendaki bukit menuju ke kawasan rehat Genting Sempah bermula dari Hospital Orang Asli Gombak pada 21 Februari 2016. Kayuhan sejauh kira-kira 36 kilometer pergi balik bermula kira-kira pukul 8.45 pagi dan berakhir pada jam lebih kurang 1 petang. Aktiviti kali ini sedikit mencabar berbanding kayuhan PAF ke Bukit Fraser pada bulan lalu kerana kecerunan bukit yang didaki menuju ke Genting Sempah tidak terlalu tinggi dan jarak perjalanan pula tidak sampai 18km. Yang menariknya kayuhan kali ini, tiupan angin yang begitu kuat membuatkan terasa begitu dingin dan segala rasa penat serta peluh yang keluar hilang dibawa bersama tiupan angin.
Suasana sekitar pukul 7.45 pagi di hadapan Hospital Orang Asli Gombak..ramai penunggang basikal mula berkumpul sebelum memulakan kayuhan ke Genting Sempah...
Beberapa ahli PAF sarapan dulu dekat Hospital Orang Asli Gombak,,,makan sebelum daki bukit....
Saudara Leman macam tak sabar nak berkayuh daki bukit...
Ketibaan (dari depan) saudara Kimi, Mior bersama Yus ke tempat berkumpul...
Kayuhan bermula....
Selfie beramai-ramai....
Kayuh folding bike, biasala ambik gambo yang banyak hihihi...
Segak memakai baju baru PAF berwarna merah berlengan panjang...rasmi sempena naik Genting Sempah...
Berehat seketika kendurkan otot, urat-urat sambil menikmati pemandangan indah hutan di sekeliling...
Bergambar dulu berlatar belakang batu petunjuk jarak. Hanya 7 km jarak perjalanan ke Bentong mengikut batu petunjuk itu...memang tak logik,,,mungkin nombor 1, 2 atau 3 telah hilang....
Kelihatan seorang lelaki mungkin Orang Asli sedang memegang sumpit...apa yang disumbit, tidak pasti....satu aktiviti yang jarang kita dapat lihat pada zaman moden ini...
Saudara Leman membawa basikal klasiknyer 16' tapi yang menunggang saudara Sham,,,jadi tarikan ramai...
Saudara Sham macam arwah P.Ramle bawak sikal dalam filem Ali Baba Bujang Lapok la....
Teruskan kayuhan mendaki bukit menuju ke Genting Sempah..nampak mcm laju jer yang depan sekali ini saudara Rizal....
Berhenti sekejap atas jambatan lihat pemandangan indah, tapi jambatan terasa bergoyang apabila dilalui kenderaan berat...
Tepi Lebuh Raya Karak...angin di kawasan ini kencang....
Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju kawasan rehat Genting Sempah lebih kurang pukul 11.15 pagi..
Bergambar dulu buat kenang-kenangan di bulatan kawasan rehat Genting Sempah,,,tempat biasa penunggang basikal bergambar...
Gambar dirakam guna Action Cam saudara Kimi,,,cun gambarnyer....
Berehat di kawasan rehat Genting Sempah...minum minum...makan makan alas perut sebelum teruskan kayuhan balik ke Gombak..macam2 menu ada termasuk tempoyak patin...
Dari jauh terserlah kemerahannya..logo PAF yang bersinar...
Cek basikal apa yang patut sebelum teruskan kayuhan...
Mendaki bukit lepas lebih setengah jam berehat di kawasan rehat Genting Sempah...
Ambik udara sekejap selepas penat mendaki bukit yang tinggi sejauh kira-kira 2.5 km dari kawasan rehat Genting Sempah..pot ramai yang singgah kerana angin kuat...Selepas ini turun bukit tanpa perlu berkayuh...
Singgah sekejap bergambar di satu lokasi menarik yang menjadi pot ramai penunggang basikal ambil foto di bawah talian kabel elektrik. Tiupan angin di kawasan ini sangat kuat sehingga boleh tumbangkan basikal...
Pemandangan indah dengan bukit bakau gunung ganang dan lebuh raya dari atas bukit...
Gerak gerak, angin kuat....
Selamat tiba di garisan penamat..Alhamdulillah selamat pergi selamat pulang...
Strava info...
Aktiviti kayuhan kali ini turut dipaparkan dalam akhbar Kosmo! 23 Februari 2016 page 20...
Terpilih sebagai foto menarik hari ini... Terbaek PAF...tunggu next event plak...
terbaik rakan2 PAF
ReplyDelete