Sejarah Folding Bike




Basikal Lipat – Sejarah Folding Bike


Banyak orang yang mendakwa sebagai penemu basikal lipat. Lucunya, pengeluar basikal (yang dirahsiakan namanya) web audaciously telah mendakwa menghasilkan basikal lipat pertama di dunia pada tahun 1973. Ada beberapa rujukan sejarah mengenai apa yang disebut basikal lipat tetapi penjelasan mereka itu terdengar lebih seperti basikal “bongkar dan pasang” berbanding basikal lipat yang sebenarnya. Orang Inggeris bernama William Grout sering disebut-sebut sebagai pencipta basikal lipat pertama pada 1878, tetapi daripada lakaran rekaan basikal di bawah ini yang mempunyai roda depan boleh dilipat dan frame yang boleh dibongkar lebih sesuai jika disebut sebagai basikal “portable” daripada basikal lipat.
basikal lipat sejarah
Salah satu penemuan yang dipercayai dan telah didokumentasi jadi penemu basikal lipat pertama ialah seorang Amerika bernama Michael B. Ryan. Dia memiliki paten bernombor 518.330. Salah satu petikan daripada paten itu berbunyi “Prinsip daipada penemuan saya ini adalah untuk menghasilkan basikal yang mudah dilipat dan tidak menghabiskan ruang apabila tidak dipakai atau disimpan.” Image basikal lipat yang telah dipatenkan Michael B. Ryan seperti berikut.
sejarah basikal lipat

Dalam sejumlah tulisan sejarah menyatakan bahawa tentera Perancis menjadi yang pertama kali penemu basikal lipat terutama oleh seseorang bernama Henry Gerard yang merupakan tentera Perancis. Kajian dilakukan pada tuntutan ini dan ditemukan data pada 18 Januari 1896 ( dua tahun selepas Folding Bicycle milik Michael B. Ryan dipatenkan ) mencatatkan Henry Gerard serta seorang usahawan kaya Perancis dengan nama Charles Morel merupakan syarikat yang menghasilkan basikal lipat tersebut sebagai penemu sekali gus pemegang paten bersama-sama.
folding bike - basikal lipat
Gambar sejarah basikal lipat atau bicycle folding pertama versi Henry Gerard dan Charles Morel yang berjaya didokumentasikan.
tentera basikal lipat
Lakaran atau ilustrasi gambar yang dibuat tahun 1897 dari Revue Militaire Suisse ( Jurnal Tentera Switzerland ) yang menggambarkan suatu pergerakan tentera menggunakan basikal lipat karya Henry Gerard .
Basikal lipat lain pada mula kemunculannya ( seperti gambar dibawah ) yang sering secara tidak tepat dikatakan sebagai basikal lipat pertama, adalah Faun Folding Cycle yang dihasilkan di Inggeris tahun 1896. Walaupun bukan basikal lipat pertama, basikal tersebut memaparkan stereng yang boleh dilipat. Tiga tahun berselang iaitu tepatnya tanggal 18 Mac 1899 William Crowe mendapat paten untuk inovasi tersebut.
basikal lipat 1899
Setahun sebelumnya iaitu di tahun 1898, Michael B. Ryan kembali dikhabarkan mendapat patent lainnya, yang merupakan penyempurnaan dari basikal lipat sebelumnya, hasilnya memperlihatkan design yang lebih praktis. Seperti ditunjukkan gambar dibawah ini, memang tidak jauh berbeza dengan beberapa design basikal lipat kontemporari yang mungkin kita lihat pada hari ini.
contoh blue print folding bike
Sebagai bukti bahawa tentera Perancis menggunakan basikal lipat, adalah awal penggunaan folding bike yang telah diiktiraf sebagai peralatan ketenteraan dalam sebuah artikel New York Times tarikh 7 februari 1897 yang melaporkan acara pameran basikal besar – besaran di Grand Central Palace termasuk basikal lipat tentera milik syarikat Dwyer Folding bicycle yang juga dipamerkan, sebagai nota boleh digaris bawahi bahawa basikal lipat ini juga boleh didapati untuk wanita.
Berikut kutipan perkataannya.
kutipan sepeda lipat
“Hal baru yang dipaparkan dalam acara tersebut adalah basikal lipat tentera, pengeluaran Dwyer Folding Bicycle Danbury…  sebuah desain yang hampir sama dengan yang dipakai tentera Perancis, dan yang lainnya mirip yang dipakai tentera Mexico. Basikal lipat untuk wanita juga diperkenalkan, dan tentu saja untuk menarik mata kaum perempuan .”
Sejumlah negara yang memakai basikal lipat untuk tentera dan dihasilkan sendiri bermula pada sekitaran tahun 1890an seperti Dursley – Pedersen ( Inggeris ) yang mempunyai berat 15 ponds dengan roda 24 inci ditambah dgn rak penyimpan senjata rifle yang digunakan dalam perang Boer kedua, juga ada folding bicycle tentera yang lain seperti Faun ( Inggeris ), Fongers ( Belanda ), Peugeot ( Perancis ), Bianchi ( Italy ), Leither ( Russia ). Pengeluar basikal lipat yang paling menonjol pada masa itu adalah syarikat Inggeris BSA ( Birmingham Small Arms ). Mereka menghasilkan ribuan Basikal lipat untuk perang dunia pertama dan kedua , seperti pada operasi Neptune pendaratan Normandy ( D – Day landings ) dan pertempuran Arnhem. Berikut adalah contoh paling dekat dengan basikal lipat tentera producti BSA yang dipakai oleh tentera terjun payung.
basikal lipat terjun payung
Di amerika, Columbia menghasilkan basikal tahun 1942 yang disebut Compax untuk tentera yang digunakan pasukan terjun payung. Basikal ini ( gambar dibawah ) kadang juga disebut basikal lipat, namun sebenarnya tidak benar – benar jenis basikal lipat, kerana bukan frame yang boleh dilipat ( gambar bawah kedua ) seperti basikal versi awam
basikal lipat dulu
Menjelang akhir perang dunia kedua , Raleigh di Inggeris juga merancang basikal lipat tentera , tetapi hanya prototype nya saja dan tidak pernah dihasilkan .
Seiring dengan berakhirnya perang dunia kedua , tidak banyak lagi basikal lipat yang dihasilkan, walaupun ada sebuah posting menarik pada majalah iklan tentang basikal folding perang Le Petit Bi Perancis ( gambar dibawah ) . Tarikh dan produsennya tidak diketahui, mungkin sekitar tahun 1946. Designnya seperti basikal non – folding yang dipatenkan tahun 1939, basikal ini secara signifikan telah menjadi basikal lipat pertama dengan roda kecil yang berjaya didokumentasikan .
basikal lipat roda kecil
Tahun 1950 an adalah tempoh surut dalam sejarah basikal lipat, kerana selama tempoh ini secara umum populariti basikal lipat didunia dikalahkan automobil dan basikal bermotor .
Tahun 1960 an adalah tahun kembalinya basikal lipat . Dorongan minat kembali ini diawali oleh pelancaran basikal oleh Alex Moulton pada tahun 1962. Walaupun basikal ini bukan basikal lipat ( lihat gambar dibawah ), design ban kecil dan frame yang tak biasa membuat basikal ini menjadi inspirasi banyak design basikal lipat hingga sekarang .
basikal lipat modern
Pada tahun 1970 an minat terhadap basikal lipat benar – benar tinggi dengan penubuhan berpuluh-puluh kilang di banyak negara menghasilkan basikal lipat . Basikal lipat yang paling popular dalam dekad ini adalah Raleigh Twenty stowaway ( gambar dibawah ) , dilancarkan tahun 1971 dan dihasilkan sampai era 80 an .
Basikal ini menjadi sangat istimewa sejak dihasilkan dalam skala besar – besaran waktu itu dan juga kerana membantu mempopularkan gear hub , khususnya Sturmey – Archer 3 – speed ( akan kita bahas di lain kesempatan )
basikal lipat sekarang
Pada sekitar 1970 an basikal lipat dilancarkan oleh syarikat yang berasal dari Perancis seperti Astra, Peugeot, dan Motobecane tidakk ketinggalan Italy oleh Formicone, Bianchi, Graziella, juga oleh beberapa negara Eropah lain seperti Jerman, Sweden, dan lain sebagainya. Pada kenyataannya, kebanyakan negara – negara Eropah barat mempunyai permintaan basikal lipat selama dekad itu. Ada juga banjir basikal lipat murah di Eropah Timur yang disebut ” U-Frame ” ( lihap pada image dibawah ) pada masa itu, banyak yang terjual dari pesanan mel atau melalui gerai – gerainya.
basikal lipat u frame
Tahun 1980 an ialah mula dari dua tonggak penting didalam sejarah basikal lipat. Pertama, Andrew Ritchie memulakan menghasilkan basikal lipat Brompton nya pada 1981. Kemudian pada 1982, Dr. David Hon memulakan menghasilkan basikal lipat Dahon yag pertama kali. Keduanya, Brompton dan Dahon adalah tanda yang cukup popular hingga saat ini. Dahon melesat menjadi kilang basikal lipat terbesar di dunia dengan anggaran bahagian pasaran hingga 60 %. Gambar pertama dibawah ini adalah Dr. David Hon dengan basikal lipat pertamanya yang disebut ” da Bike “. Foto kedua adalah Dahon Limited Edition MUXXV dihasilkan untuk merayakan 25 tahun syarikat, yang ketiga adalah prototype Brompton yang dituntut buatan tahun 1977 dan Brompton pre pengeluaran 1981 .
basikal lipat dahon Dr. David Hon
Populariti basikal lipat atau folding bahkan sekarang ngetrend dengan seli memang agak lambat selama kurun waktu bertahun – tahun akan tetapi pernah meningkat beberapa kali dengan kegunaannya sebagai sebahagian dari unsur pengangkutan multi bentuk , khususnya di Eropah , Asia dan bandar – bandar besar di Amerika . Saat ini telah ada 100 lebih kilang basikal lipat dan akan terus bertambah.

Sumber http://basikalbicycle.com/basikal-lipat-sejarah-folding-bike.htm.

Comments

Popular posts from this blog

Kayuhan basikal lipat Fraser's Hill

Kayuhan basikal lipat Guthrie Highway