Kayuhan basikal lipat Fraser's Hill
SEPERTI yang dirancang, beberapa ahli kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies (PAF) menyahut cabaran mendaki Bukit Fraser setinggi 1,524 meter dari aras laut yang terletak di daerah Raub, Pahang pada 30 Januari 2016. Kayuhan ke puncak tertinggi Bukit Fraser yang mendapat nama daripada seorang pengembara British, Louis James Fraser bermula dari Stesen KTM Kuala Kubu Bharu dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 90 kilometer pergi balik. Program kali ini amat menarik kerana kebanyakan kami baru pertama kali merasai pengalaman membawa basikal lipat masing-masing menaiki komuter dari Stesen KTM Kuang bermula pukul 7.30 pagi menuju ke KTM Kuala Kubu Bharu.
Berhenti seketika buat keberapa kali sebelum tiba di simpang Bkt Fraser...
Bergambar dulu di simpang Bukit Fraser. Berbekalkan fizikal yang masih bertenaga dan semangat kental yang tinggi, kami terus gagah mendaki walaupun sedar, 8 km terakhir merupakan laluan paling mencabar buat semua penunggang basikal ekoran keadaan struktur jalan kira-kira 45 darjah..
Beli tiket dulu di Stesen KTM Kuang seawal pukul 7.10 pagi...
Beberapa ahli PAF sedang lipat melipat basikal sebelum naiki train...
Bergambar dulu sementara tunggu komuter tiba...
Sabar menanti ketibaan komuter pada pukul 7.30 pagi...
Wajah-wajah teruja nak naik train....
Deretan basikal lipat ahli PAF, basikal kami biasa biasa sajer...
Berada dalam komuter menuju ke Stesen KTM Rawang sebelum tukar train ke KTM Kuala Kubu Bharu...
Pakai helmet demi keselamatan hihihi...
Ambik gambar dulu.....
Lepak sekejap di Stesen KTM Rawang selepas transit sementara tunggu komuter menuju ke KTM Kuala Kubu Bharu...
Persiapkan basikal sebaik tiba di Stesen KTM Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.45 pagi sebelum mula kayuhan 15 minit kemudian..
Mula menyusuri bukit bukit manja dalam keadaan matahari mula bersinar....
Ketika ini...tenaga fizikal dan mental masih tinggi setinggi Bukit Fraser...
Kayuh terus kayuh tanpa henti....
Kayuh terus kayuh tanpa henti....
Ambik gambar basikal di empangan buat kenangan...
Berehat seketika hirup udara segar pokok-pokok dan tumbuhan di sekeliling...
Tiba di Sungai Chiling, lokasi popular mandi-manda dan berkhemah. Di sini, beberapa peserta membeli burger dan minuman serta rehat seketika. Hanya ada satu gerai dibuka,,jadilah...
Tiub saudara Leman tiba-tiba pancit di Sungai Chiling..apa lagi..masa rehat bertambah...
Menunggu saudara Leman di tepi jalan...
Rupa-rupanya tiub tayar yang ditampal telah bocor semula. Nasib baik saudara Kas ada membawa tiub spare yang sama saiz...
Tolong-menolong amalan mulia...saudara Rizal bantu tolak saudara Kas yang mula alami kekejangan setelah jauh berkayuh...
Rehat sekejap di Air Terjun Sungai Semangkuk...suasana amat mendamaikan...rasa mengantuk pun ada...
Berhenti seketika buat keberapa kali sebelum tiba di simpang Bkt Fraser...
Tiba di simpang ke Bukit Fraser kira-kira pukul 2.45 petang. Singgah sebentar di sebuah gerai namun malangnya makanan nasi lemak sudah habis. Kelaparan amat dirasai memandangkan dari awal pagi sehingga ke waktu ini, kebanyakan peserta hanya makan burger di Sungai Chiling dan makanan ringan...
Segala makanan ringan serta minuman kosong jadi alas perut. Telur pun jadi makanan bagi memberi tenaga untuk terus mendaki ke puncak Bukit Fraser sejauh kira-kira 8 km lagi untuk sampai ke sana...
Bergambar dulu di simpang Bukit Fraser. Berbekalkan fizikal yang masih bertenaga dan semangat kental yang tinggi, kami terus gagah mendaki walaupun sedar, 8 km terakhir merupakan laluan paling mencabar buat semua penunggang basikal ekoran keadaan struktur jalan kira-kira 45 darjah..
Hanya tinggal 1 km lagi untuk sampai ke puncak tertinggi Bukit Fraser. Berehat sementara untuk kumpul tenaga memandangkan basikal yang ditunggang adalah basikal lipat yang sedikit berbeza dengan keupayaan basikal MTB dan RB yang lebih laju....
Dengan keadaan fizikal yang masih baik, basikal yang sempurna dan mental yang telah disetkan untuk sampai ke puncak, akhirnya kami tiba di atas Bukit Fraser yang mempunyai suhu sekitar 20 darjah Celsius. Walaupun agak terlewat sedikit ekoran beberapa masalah yang dihadapi, namun kami berjaya sampai ke puncak tertinggi bukit. Perkara wajib yang dilakukan apa lagi,,bergambar di jam besar buat kenangan...
Kira-kira pukul 5.30 petang selepas solat Asar di sebuah masjid, barulah kami dapat makan nasi...terasa begitu nikmat selepas beberapa jam menahan kelaparan dan kepenatan berkayuh....
Bergambar sekejap di kaki Bukit Fraser yang menjadi lokasi ramai penunggang basikal merakamkan momen indah di sini...
Saat-saat untuk pulang ke rumah di Stesen KTM Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.30 malam. Tiada apa yang difikirkan ketika ini, hanya mahu pulang. Komuter tiba lebih kurang pukul 9.15 malam..
Merehatkan badan yang kepenatan...
Masih bertenaga, mampu tersenyum walaupun kepenatan...hebat....Merehatkan badan yang kepenatan...
Info ^ mengenai perjalanan kayuhan ahli PAF ke Bukit Fraser. Secara rumusan, aktiviti kali ini adalah paling mencabar tahap fizikal dan mental seseorang kerana perlu melalui laluan yang berbukit sejauh kira-kira 40 km dari Stesen KTM Kuala Kubu Bharu. Keupayaan fizikal benar-benar teruji di laluan ini dan mental perlu kuat memandangkan tiada laluan menuju ke puncak tertinggi yang tidak mendaki, ibaratkan daki dan terus mendaki. Apabila downhill pula sememangnya nampak mudah kerana tidak perlu berkayuh namun penunggang basikal perlu lebih berhati-hati kerana bermula dari puncak Bukit Fraser menuju ke gap sejauh 12 km, laluannya amat curam dan telah banyak berlaku kemalangan. Secara keseluruhannya semua peserta berjaya sampai ke destinasi yang disasarkan masing-masing. Tahniah!! PAF terbaek,,,,
Comments
Post a Comment