Kayuhan basikal lipat KL Car Free Morning
SEMPENA Tahun Baru 2016, beberapa ahli kelab Puncak Alam Foldies (PAF) menyertai program KL Car Free Morning di Kuala Lumpur pada 3 Januari 2016. Kebanyakan ahli membawa keluarga masing-masing berkayuh di sekitar Kuala Lumpur. Kayuhan sejauh hampir 7 kilometer menyusuri lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu kota terutama KLCC bermula pukul 7 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Kayuhan hanya santai dan tumpuan kepada merakamkan gambar-gambar kenangan.
Sekitar pukul 6.45 pagi, beberapa peserta mula berkumpul di hadapan menara DBKL. Ketika itu, jumlah peserta masih tidak ramai. Pendaftaran untuk dapatkan nombor cabutan bertuah...
Selain berkayuh, ada juga yang berjoging...
Di hadapan KLCC, lokasi paling ramai peserta singgah sebentar untuk merakamkan gambar. Maklumlah bergambar di depan Menara Berkembar Petronas ketika tiada kereta...
Kumpulan pancaragam DBKL berjalan kaki sambil memainkan muzik turut memeriahkan lagi suasana program KL Car Free Morning...
Setelah penat berkayuh, minum sebentar, namun gerai-gerai yang ada hanya sesuai untuk tekak orang KL, tiada nasi lemak, roti canai, bihun goreng dan lain-lain...
Mencuba basikal low ride yang nampak menarik...
Pelikkan,,,basikal ini dinamakan driff bike...macam kereta driff. Yang menarik pada bunyinya ketika selekoh...
Acara wajib setiap kali event, gambar ramai2 buat kenangan di hari tua...
Aksi-aksi spontan katanya....
Jangan pandang belakang, pandang di depan yang penting. Cubaan saudara SD untuk bawa basikal naik train tanpa beg berjaya. Selepas ini, boleh pergi kayuh ke mana sahaja menaiki train tanpa beg...
Comments
Post a Comment