Kayuhan burung hantu BPA-Pantai Remis
BUAT pertama kalinya, geng kayuh PAF berkayuh basikal sejauh 40 kilometer pergi balik dari Bandar Puncak Alam ke Pantai Remis, Jeram pada waktu malam, 22 April 2016. Pada mulanya, kami merancang untuk pergi ke Bukit Malawati di Kuala Selangor sejauh kira-kira 60 kilometer pergi balik yang memerlukan masa 4 jam. Namun, ekoran kekangan masa, perubahan lokasi terpaksa dilakukan ke Pantai Remis. Kayuhan kami bermula pukul 9.30 malam dan tiba di Pantai Remis pukul 10.30 malam. Setelah makan minum di gerai di Pantai Remis selama kira-kira sejam, kami memulakan perjalanan pulang kira-kira pukul 11.30 malam dan tiba di Bandar Puncak Alam dalam tempoh kurang sejam.
Gambar dulu sebelum bergerak dan selepas membaca doa selamat pergi selamat pulang.
Selamat tiba di Pantai Remis, Jeram.
Gambar berlatar belakang pantai Remis yang gelap gelita
Posing posing
Depan gerai ikan bakar Pantai Remis
Makan minum dulu rehatkan badan
Tuuu.. dia...mi kari kerang fresh
Selamat tiba di Restoran Nasi Kandar Sempoi, BPA..Alhamdulillah
Info Strava...pengalaman kayuhan waktu malam yang amat menarik kerana sepanjang kayuhan pergi dan balik sejauh 40 kilometer, kami meneruskan perjalanan tanpa henti dalam keadaan suasana yang dingin. Secara puratanya, kelajuan lebih 20 kilometer sejam.
Comments
Post a Comment