Posts

Showing posts from January, 2016

Kayuhan basikal lipat Guthrie Highway

Image
SEAWAL pukul 6 pagi, laluan motosikal di Guthrie Highway mula dikuasai oleh penunggang basikal jenis RB, MTB. Kebanyakan mereka mula berkayuh dari Bukit Jelutong, Shah Alam menuju ke Plaza Tol Rawang Selatan dan berpatah balik. Suasana seperti jamboree. Dua penunggang folding bike turut berkayuh di laluan tersebut pada 17 Januari 2016. Cuaca panas serta laluan berbukit-bukit tak menghalang penunggang basikal menyusuri laluan motosikal... U-turn di simpang sebelum plaza tol... Bergambar buat kenangan... Laluan motosikal Guthrie Highway memang mencabar kerana struktur muka bumi yang berbukit-bukit dan landai. Memang menguji kekuatan mental dan fizikal...jom cuba!

Kayuhan basikal lipat Green Ride MPSJ 2016

Image
KAYUHAN santai beberapa ahli kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies (PAF) sempena program Green Ride MPSJ 2016 pada 23 Januari 2016. Jarak perjalanan kira-kira 22 km dengan masa perjalanan kira-kira 1 jam 15 minit. Secara keseluruhannya program menarik, laluan ok,,cabutan bertuah ada,,,makan pun sedap...tq penganjur...   Suasana sekitar pukul 7.20 pagi...beratur agak panjang ambil goodies..  Beratur jangan potong Q hahahhaha... Antara basikal lipat ahli PAF Sebelum berkayuh...regangkan anggota badan dulu... Bersedia untuk flag off.... Saudara Khairul Rasman dengan basikal lipat Dr. Hon,,,terbaik... Singgah sebentar rehatkan badan makan pisang... Pihak penganjur sediakan pisang dan air mineral.... Masing-masing rehat seketika sebelum akhiri kayuhan kira-kira 4 km lagi... Bergambar selepas selamat tiba di garisan penamat Medal..... Makan dulu...perut sudah lapar     ...

Sejarah Folding Bike

Image
Basikal Lipat – Sejarah Folding Bike Banyak orang yang mendakwa sebagai penemu basikal lipat. Lucunya, pengeluar basikal (yang dirahsiakan namanya) web audaciously telah mendakwa menghasilkan basikal lipat pertama di dunia pada tahun 1973. Ada beberapa rujukan sejarah mengenai apa yang disebut basikal lipat tetapi penjelasan mereka itu terdengar lebih seperti basikal “bongkar dan pasang” berbanding basikal lipat yang sebenarnya. Orang Inggeris bernama William Grout sering disebut-sebut sebagai pencipta basikal lipat pertama pada 1878, tetapi daripada lakaran rekaan basikal di bawah ini yang mempunyai roda depan boleh dilipat dan frame yang boleh dibongkar lebih sesuai jika disebut sebagai basikal “portable” daripada basikal lipat. Salah satu penemuan yang dipercayai dan telah didokumentasi jadi penemu basikal lipat pertama ialah seorang Amerika bernama Michael B. Ryan. Dia memiliki paten bernombor 518....

Manfaat berbasikal

Image
Manfaat kesihatan daripada aktiviti berbasikal Sistem imun Sistem imun bertindak melindungi badan daripada jangkitan dan pelbagai penyakit. Kajian menunjukkan aktiviti yang sederhana seperti berbasikal akan menguatkan sistem imun sekali gus menyumbang kepada kehidupan yang sihat. Ia juga boleh meningkatkan aktiviti terhadap sel-sel tumor, membantu pencegahan penyakit-penyakit yang berkaitan. Otot Manusia mempunyai beberapa ratus otot yang telah digunakan secara teratur untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan. Seminggu tidak aktif akan mengurangkan kekuatan sistem otot sebanyak 50% dan boleh membahayakan mereka jangka panjang. Semasa berbasikal, kebanyakan otot badan diaktifkan. Otot kaki untuk pergerakan mengayuh, otot abdomen dan belakang menstabilkan badan dan mengurangkan pengaruh luar manakala sistem otot lengan bahu menyokong badan di hendal. Berbasikal akan mengetatkan dan mengukuhkan sistem otot. Sistem rangka Ini adalah rangka kerja badan yang men...

Kayuhan basikal lipat KL Car Free Morning

Image
SEMPENA Tahun Baru 2016, beberapa ahli kelab Puncak Alam Foldies (PAF) menyertai program KL Car Free Morning di Kuala Lumpur pada 3 Januari 2016. Kebanyakan ahli membawa keluarga masing-masing berkayuh di sekitar Kuala Lumpur. Kayuhan sejauh hampir 7 kilometer menyusuri lokasi-lokasi menarik di sekitar ibu kota terutama KLCC bermula pukul 7 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Kayuhan hanya santai dan tumpuan kepada merakamkan gambar-gambar kenangan. Sekitar pukul 6.45 pagi, beberapa peserta mula berkumpul di hadapan menara DBKL. Ketika itu, jumlah peserta masih tidak ramai. Pendaftaran untuk dapatkan nombor cabutan bertuah... Selain berkayuh, ada juga yang berjoging... Di hadapan KLCC, lokasi paling ramai peserta singgah sebentar untuk merakamkan gambar. Maklumlah bergambar di depan Menara Berkembar Petronas ketika tiada kereta... Kumpulan pancaragam DBKL berjalan kaki sambil memainkan muzik turut memeriahkan lagi suasana program KL Car Free Morning... Setel...