Kayuhan basikal lipat Labuh Tirai 2015

SEBAGAI penutup tirai tahun 2015, kelab basikal lipat, Puncak Alam Foldies (PAF) mengadakan aktiviti kayuhan sejauh kira-kira 60 kilometer pada 27 Disember 2015. Kayuhan pergi balik dari Puncak Alam menuju ke Bukit Malawati, Kuala Selangor melibatkan 18 kaki kayuh basikal lipat dan mountain bike. Penunggang basikal terdiri daripada ahli kelab PAF, PACC, Gamm Riders dan S3C. Program bermula kira-kira pukul 7.45 pagi dan tiba di destinasi utama di Bukit Malawati kira-kira dua jam kemudian selepas menyusuri bukit serta keadaan cuaca yang panas. Setelah sesi merakam gambar kenangan kira-kira 20 minit, kaki kayuh kemudian berehat seketika di sebuah restoran di bawah Bukit Malawati sebelum meneruskan kayuhan. Kira-kira 15km sebelum sampai ke destinasi penamat dengan terpaksa menempuh panas terik tengah hari, kaki kayuh singgah sebentar minum cendol di sebuah gerai dan kemudian teruskan kayuhan sebelum tiba pukul 1 petang. Aktiviti kayuhan ini turut disiarkan akhbar Kosmo!. Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam.


Kali kedua, PAF masuk akhbar Kosmo!...




Mula berkumpul di Restoran Sempoi, Alam Jaya...


Check basikal....


Penunggang MTB daripada pelbagai kelab turut serta..


Sarapan dulu, cari tenaga...


Kata-kata ucapan daripada saudara Kimi (dua dari kanan)...


Saudara Sham Damai (kiri) akan memimpin bacaan doa..


Mula kayuhan...


Tq saudara Along yang sudi merakamkan gambar peserta...


Regroup di pertengahan jalan...


Saudara Yankee (duduk) bantu betulkan seat saudara rizal.. 



Saudara kimi bersama isteri membawa anak bersama ke Bukit Malawati..


Panas mula memanaskan badan peserta..


Selamat tiba di Bukit Malawati kira-kira pukul 9.45 pagi..



Apa lagi,,,bergambar lah,,,


Macam kuat jer angkat basikal ahli PAF...


Penunggang basikal lipat + basikal MTB, terbaik semua,,,


Meneruskan perjalanan selepas berehat di Restoran Pantai Timur di bawah Bukit Malawati...



Kayuhan pulang...


Berehat sebentar, selepas kepanasan...


Layan cendol sebelum mengakhiri kayuhan lagi 15 kilometer..



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kayuhan basikal lipat Fraser's Hill

Sejarah Folding Bike

Kayuhan basikal lipat Guthrie Highway