Kayuhan burung hantu BPA-Pantai Remis
BUAT pertama kalinya, geng kayuh PAF berkayuh basikal sejauh 40 kilometer pergi balik dari Bandar Puncak Alam ke Pantai Remis, Jeram pada waktu malam, 22 April 2016. Pada mulanya, kami merancang untuk pergi ke Bukit Malawati di Kuala Selangor sejauh kira-kira 60 kilometer pergi balik yang memerlukan masa 4 jam. Namun, ekoran kekangan masa, perubahan lokasi terpaksa dilakukan ke Pantai Remis. Kayuhan kami bermula pukul 9.30 malam dan tiba di Pantai Remis pukul 10.30 malam. Setelah makan minum di gerai di Pantai Remis selama kira-kira sejam, kami memulakan perjalanan pulang kira-kira pukul 11.30 malam dan tiba di Bandar Puncak Alam dalam tempoh kurang sejam. Gambar dulu sebelum bergerak dan selepas membaca doa selamat pergi selamat pulang. Selamat tiba di Pantai Remis, Jeram. Gambar berlatar belakang pantai Remis yang gelap gelita Posing posing Depan gerai ikan bakar Pantai Remis Makan minum dulu rehatkan badan Tuuu.. dia...m...