Posts

Showing posts from 2016

Kayuhan burung hantu part 2 BPA-Pantai Remis

Image
KALI ini, pada 7 Mei 2016, lima ahli kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies sekali lagi pergi ke Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor pada waktu malam. Tujuan ke sana tidak lain untuk makan mi kari kerang di tepi pantai. Bezanya kali ini, tayar golek agak lewat iaitu lebih pukul 10 malam dan perjalanan ambil masa dua jam pergi balik.   Posing dulu sebelum bergerak ke Pantai Remis Tiba di gerai tepi laut..  Posing-posing...  Menunggu hidangan tiba...  Kerang bakar tu... Sedap nampak....  Mi kari tapi kerang abis,,makan mi kari ayam...  Sapu dulu baru kayuh ProKas....  Info Strava....

Kayuhan burung hantu BPA-Pantai Remis

Image
BUAT pertama kalinya, geng kayuh PAF berkayuh basikal sejauh 40 kilometer pergi balik dari Bandar Puncak Alam ke Pantai Remis, Jeram pada waktu malam, 22 April 2016. Pada mulanya, kami merancang untuk pergi ke Bukit Malawati di Kuala Selangor sejauh kira-kira 60 kilometer pergi balik yang memerlukan masa 4 jam. Namun, ekoran kekangan masa, perubahan lokasi terpaksa dilakukan ke Pantai Remis. Kayuhan kami bermula pukul 9.30 malam dan tiba di Pantai Remis pukul 10.30 malam. Setelah makan minum di gerai di Pantai Remis selama kira-kira sejam, kami memulakan perjalanan pulang kira-kira pukul 11.30 malam dan tiba di Bandar Puncak Alam dalam tempoh kurang sejam.  Gambar dulu sebelum bergerak dan selepas membaca doa selamat pergi selamat pulang.  Selamat tiba di Pantai Remis, Jeram.  Gambar berlatar belakang pantai Remis yang gelap gelita Posing posing Depan gerai ikan bakar Pantai Remis Makan minum dulu rehatkan badan Tuuu.. dia...m...

Kayuhan basikal lipat Karangkraf Fun Ride

Image
KIRA-KIRA 1,000 peserta menyertai program kayuhan Karangkraf Fun Ride yang dianjurkan Kumpulan Media Karangkraf pada 28 Februari 2016. Karangkraf Fun Ride yang melibatkan jarak kayuhan sejauh 26 kilometer di sekitar Shah Alam dianjurkan dengan kerjasama Fleet, Gardenia, Bikeaway, Majlis Belia Selangor dan Majlis Keselamatan Jalan Raya. Beberapa ahli kelab basikal lipat Puncak Alam Foldies (PAF) turut sama memeriahkan program berkenaan yang menyediakan medal dan baju T.

Kayuhan basikal lipat Jando' Nite Fun Ride

Image
SEBANYAK 450 peminat sukan basikal di negara ini menyertai program Jando's Nite Fun Ride di Kampung Janda Baik, Bentong pada malam 5 Mac 2016. Program santai itu merupakan anjuran Banaz Resources dengan kerjasama Kelab Janda Baik 4x4, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Janda Baik, Persatuan Belia Janda Baik dan Persatuan Chalet-Chalet Janda Baik. Menerusi program kayuhan santai ini, setiap peserta dapat menikmati suhu sejuk pada waktu malam dengan melalui kawasan tepi sungai di kampung ini membabitkan jarak 20 kilometer. Perserta diberikan medal, baju T, makanan dan minuman. Tidak ketinggalan beberapa ahli kelab basikal lipat PAF turut menyertai program ini. Mereka juga turut menginap di chalet di Janda Baik bersama keluarga masing-masing dan mandi-mandi di sungai.