Posts

Showing posts from December, 2015

Kayuhan basikal lipat Labuh Tirai 2015

Image
SEBAGAI penutup tirai tahun 2015, kelab basikal lipat, Puncak Alam Foldies (PAF) mengadakan aktiviti kayuhan sejauh kira-kira 60 kilometer pada 27 Disember 2015. Kayuhan pergi balik dari Puncak Alam menuju ke Bukit Malawati, Kuala Selangor melibatkan 18 kaki kayuh basikal lipat dan mountain bike. Penunggang basikal terdiri daripada ahli kelab PAF, PACC, Gamm Riders dan S3C. Program bermula kira-kira pukul 7.45 pagi dan tiba di destinasi utama di Bukit Malawati kira-kira dua jam kemudian selepas menyusuri bukit serta keadaan cuaca yang panas. Setelah sesi merakam gambar kenangan kira-kira 20 minit, kaki kayuh kemudian berehat seketika di sebuah restoran di bawah Bukit Malawati sebelum meneruskan kayuhan. Kira-kira 15km sebelum sampai ke destinasi penamat dengan terpaksa menempuh panas terik tengah hari, kaki kayuh singgah sebentar minum cendol di sebuah gerai dan kemudian teruskan kayuhan sebelum tiba pukul 1 petang. Aktiviti kayuhan ini turut disiarkan akhbar Kosmo! . Berikut gambar-ga...

Kayuhan santai basikal lipat night ride UiTM

Image
CUACA baik memberi peluang kepada enam kaki kayuh kelab basikal lipat, Puncak Alam Foldies berkayuh pada waktu malam pada 18 Disember 2015. Menyusuri perjalanan sejauh kira-kira17 kilometer dalam suasana dingin angin malam dari Bandar Puncak Alam menuju ke UiTM, Puncak Alam, aktiviti "night ride" yang dilakukan amat santai. Selain Puncak Alam Foldies, beberapa kaki kayuh MTB turut berkayuh di sekitar kampus UiTM yang berbukit-bukit sehingga menitiskan peluh jantan. Berikut gambar-gambar yang dirakamkan. Masing-masing keletihan mendaki bukit kecil.... Regangkan anggota badan dulu.... Perjalanan menuju ke UiTM Puncak Alam Ngeteh sambil berehat...   Sinaran baju PAF terbaik,,,jelas terpancar... Sembang-sembang sika.... Parkir sika depan kedai mamak.... Makan tamat kayuah,,,pekena Char Kuey Teow...

Kayuhan basikal lipat Bukit Melawati

Image
LIMA kaki kayuh Puncak Alam Foldies pada 22 November 2015 telah berkayuh lebih 60 kilometer di laluan Puncak Alam_Bukit Melawati_Puncak Alam. Destinasi utama mendaki Bukit Melawati di Kuala Selangor, salah satu lokasi popular di daerah itu. Berikut gambar-gambar yang dirakam. Mendaki naik Bukit Malawati... Kepuasan jelas terpancar di atas Bukit Malawati... Terbaik la gambar... Wide picture.... Turun laju ajer.... Minum dulu.... Melawat mangsa banjir....

Kayuhan basikal lipat Fun Ride Mega 2015

Image
BERTEMPAT di tapak pasar malam, Bandar Tasik Puteri Rawang pada 13 Disember 2015, kira-kira 10 kaki kayuh Puncak Alam Foldies termasuk tiga wanita menyertai program Fun Ride Mega. Pendaftaran program bermula pukul 8 pagi dan flag off pada pukul 8.30 pagi. Kayuhan sejauh kira-kira 20 kilometer menyusuri laluan sekitar Bandar Tasik Puteri Rawang. Laluan agak santai tetapi di akhir kayuhan sedikit mendaki bukit. Penyertaan PAF turut disiarkan akhbar Kosmo! . Berikut gambar-gambar yang dirakam; Penampilan sulung PAF dalam akhbar Kosmo!   Regroup semula di satu check point.... Towing anak-anak.... Baju percuma,,,tq penganjur.. Wajah-wajah ceria selepas menamatkan kayuhan.. Kelihatan pasangan suami isteri yang membawa anak mereka... Kayuh-kayuh.. Orange, Yelow, White Mongoose. Selain itu, Trinx, Xds, Dahon n lain2.. Selfie dulu,,, Satu persatu ahli PAF tiba di garisan penamat Siap-siap untuk berk...