Kayuhan basikal lipat Labuh Tirai 2015
SEBAGAI penutup tirai tahun 2015, kelab basikal lipat, Puncak Alam Foldies (PAF) mengadakan aktiviti kayuhan sejauh kira-kira 60 kilometer pada 27 Disember 2015. Kayuhan pergi balik dari Puncak Alam menuju ke Bukit Malawati, Kuala Selangor melibatkan 18 kaki kayuh basikal lipat dan mountain bike. Penunggang basikal terdiri daripada ahli kelab PAF, PACC, Gamm Riders dan S3C. Program bermula kira-kira pukul 7.45 pagi dan tiba di destinasi utama di Bukit Malawati kira-kira dua jam kemudian selepas menyusuri bukit serta keadaan cuaca yang panas. Setelah sesi merakam gambar kenangan kira-kira 20 minit, kaki kayuh kemudian berehat seketika di sebuah restoran di bawah Bukit Malawati sebelum meneruskan kayuhan. Kira-kira 15km sebelum sampai ke destinasi penamat dengan terpaksa menempuh panas terik tengah hari, kaki kayuh singgah sebentar minum cendol di sebuah gerai dan kemudian teruskan kayuhan sebelum tiba pukul 1 petang. Aktiviti kayuhan ini turut disiarkan akhbar Kosmo! . Berikut gambar-ga...